
- JBS Sarawak
- Hits: 52
PERBINCANGAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEMPENA FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 52
Disediakan oleh: MCG, JBSN Sarawak
SIBU, 30 Jun 2025 – Satu sesi perbincangan berkenaan dengan pelaksanaan Pertandingan Kawad Kaki sempena Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Sibu pada 26 Julai depan telah diadakan antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu Bersama Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Encik Jeremy Ling Beng Leh, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sibu (Sektor Pembangunan Bakat Murid). Pertandingan Kawad Kaki secara online akan diselaraskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sibu dimana PPD Sibu akan bertanggungjawab dari segi pemilihan juri dan dalam bidang teknikal. Sementara PBSB Sibu akan bertanggungjawab dari segi hadiah pertandingan. Selain daripada Pertandingan Kawad Kaki, 2 aktiviti yang telah dirancang adalah Pertandingan Doodle Arts dan Pertandingan Inovasi Kitar Semula yang terbuka kepada belia yang berumur 13 hingga 30 tahun. Fiesta Rakan Muda memberi peluang kepada para belia untuk mengekspresikan bakat dan kreativiti serta menerapkan nilai-nilai murni serta 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBSibu