
- JBS Sarawak
- Hits: 70
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEJOHANAN TINJU BAKAT DAN REMAJA SIBU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 70
Disediakan oleh :TT , JBSN SARAWAK
28 JUN 2025, SIBU - Persatuan Tinju Bahagian Sibu telah menganjurkan Kejohanan Tinju Bakat dan Remaja Sibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 bermula pada 23 Jun 2025 sudah sampai ke penghujung iaitu bertempat di Dewan MUC Kampung Nangka, Sibu. Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Annuar Bin Rapaee Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dan diiringi oleh En. Majidi Bin Omar, Presiden Persatuan Tinju Bahagian Sibu, Brigedier Jeneral Jafri Bin Sulaiman, Panglima 9 Briged, Superitenden Boniface Bajai, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, En. Rosli Bin Salim, Setiausaha Kehormat Persekutuan Tinju Malaysia dan Encik Terence Tan, Pembantu Belia Dan Sukan Bahagian Sibu wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Perlawanan masih diteruskan selepas selesai majlis penutupan tersebut. Semoga pasukan yang terlibat akan terus berjuang untuk memperoleh kemenangan.
#gpskbs2025
#kbsmalaysia
#rakanmuda