
- JBS Sarawak
- Hits: 68
KEJOHANAN KAROM TERBUKA SIBU TAHUN 2025.
- JBS Sarawak
- Hits: 68
Disediakan oleh : T.T, JBSN Sarawak
28 JUN 2025, SIBU - Kelab Karom Swan, Sibu telah menjemput Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu untuk menghadiri majlis perasmian Sibu Carrom Open Tournament 2025 pada jam 8:30 pagi bertempat di Tingkat 1, Pasaraya Swan Square, Sibu. Wakil dari Pegawai Belia dan Sukan iaitu Terence Tan, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menghadiri majlis tersebut. Pertandingan tersebut disertai seramai 81 peserta kategori perseorangan dan 52 pasukan bergu. Sesi ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew, Ahli Parlimen P.212 Sibu dan diteruskan dengan sesi bergambar. Majlis tersebut berjalan baik dan lancar.
#JBSNBersama
#RakanMuda
#DSKKBS
#MalaysiaMadani
+7