
- JBS Sarawak
- Hits: 71
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA TAHUN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 71
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 28 Jun 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sarikei telah melaksanakan Majlis Perundingan Belia Negara Tahun 2025 Peringkat Bahagian Sarikei pada 28 Jun 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Sarikei Innovation Center (SIC). Majlis tersebut dipengerusikan oleh Yg Berbahagia Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei. Majlis Perundingan Belia Negara itu juga turut dihadiri jemputan daripada ketua jabatan kerajaan, persatuan/kelab dan belia dan NGOs yang lain.
Majlis Perundingan Belia Negara yang diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), merupakan sesi libat urus dan persidangan intelektual yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan dengan wakil-wakil Kementerian dan Agensi Persekutuan. Majlis Perundingan Belia Negara juga berfungsi sebagai platform bagi mengadakan perbincangan secara konstruktif dan inklusif melibatkan pembangunan belia serta mengangkat suara dan pandangan golongan belia ke peringkat tertinggi Kerajaan.
Pelbagai usul dan isu diulas berserta maklum balas daripada pihak kerajaan semasa persidangan tersebut bagi mencapai satu kata sepakat untuk menjadikan suara belia sebagai satu input penting dalam memangkinkan pembangunan negara dan masyarakat secara holistik selari dengan matlamat Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) 2030.
Akhir kata, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perundingan Belia Negara Tahun 2025 Peringkat Bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#mpbn2025
#pbs6d