
- JBS Sarawak
- Hits: 48
PERBINCANGAN DAN TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 48
Disediakan Oleh : Abdul Rani Jemi, JBSN Sarawak
Sarikei, 26 Jun 2025 : Sesi Perbincangan dan Taklimat bagi pelaksanaan Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Sarikei 2025 telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat PBSB Sarikei. Turut hadir sesi perbincangan tersebut ialah Presiden KEMADAS bagi sukan Petanque, Setiausaha Persatuan Ping Pong Bahagian Sarikei, Pengerusi Kelab Catur bagi Sukan Snuker dan Memanah.
Penganjuran program 1000 Liga akan bermula pada 6 Julai hingga 27 Julai 2025. Diharapkan penyertaan pada tahun ini akan mendapat sambutan yang baik bagi program ini. Terima kasih kepada Persatuan dan Kelab yang terlibat kerana sudi meluangkan masa hadir ke perbincangan dan taklimat program tersebut.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d