
- JBS Sarawak
- Hits: 49
PENSIJILAN SKM MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU
- JBS Sarawak
- Hits: 49
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 30 JUN 2025 – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memberi peluang kepada pegawai belia dan sukan seluruh Malaysia untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Pelaksanaan Kerja Belia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Pelaksanaan pensijilan ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi keperluan tiga teras Dasar Belia Malaysia (DBM) iaitu Pembangunan Belia Positif (PYD), Dari Belia Untuk Belia serta Belia Sebagai Sumber dan Aset Negara. Ianya juga seiring dengan keperluan Pelan Tindakan KBS 2021 – 2025.
Untuk memenuhi keperluan tersebut, satu bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 6 Tahun 2025 Negeri Sarawak telah diadakan pada 18 hingga 20 Jun 2025 bertempat di Premier Hotel, Sibu. Lebih 40 orang peserta terdiri daripada pegawai belia dan sukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian, Institut Kemahiran Belia Negara Miri serta pegawai kader yang berkhidmat di Kolej Komuniti Mas Gading, Kuching telah mengikuti bengkel ini.
Semua peserta telah diberi penjelasan dan pendedahan tentang kaedah pelaksanaan penyediaan dokumentasi mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ataupun NOSS yang telah ditetapkan oleh pihak JPK. Kesinambungan bengkel tersebut akan diadakan pada bulan September 2025 yang bertujuan untuk menyemak progres kerja-kerja pendokumentasian setiap peserta yang terlibat.
Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong yang turut menyertai bengkel ini ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Cik Azira bt A.Manan, Cik Jojo ak Tehan dan Encik Erwan Dzulfadli b Pasah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong