
- JBS Sarawak
- Hits: 49
PROGRAM INSPIRE i-TALENT PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025 BAHAGIAN SRI AMAN SIRI - 2
- JBS Sarawak
- Hits: 49
Disediakan oleh: NFS, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 23 JUN 2025 - Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Sarawak 2025 Bahagian Sri Aman Siri -2 telah berlangsung di Stadium tertutup komplek Sukan Sri Aman pada pada 21 – 22 jun 2025 yang diketuai oleh En. Awangku Adi Azwan Bin Awangku Bolhassan, Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Program ini dilaksanakan sebagai langkah mencari bakat-bakat sukan baharu dalam kalangan OKU, terutamanya bagi yang bercita-cita untuk menjadi atlet paralimpik negara. Program ini juga satu inisiatif untuk memastikan golongan OKU tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan sukan.
Sesi tersebut disertai oleh jurulatih Catur, Ping Pong, Renang, Boccia , Olahraga dan Badminton bersama staf Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Seramai 81 peserta OKU di sekitar Sri Aman telah berdaftar untuk mengikuti sesi ujian pada hari ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSri Aman