
- JBS Sarawak
- Hits: 43
PERALIHAN TAMPUK KEPIMPINAN BADAN SUKAN HENDAKLAH SECARA TERATUR
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan oleh: NFS, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 14 Jun 2025. Pemimpin muda seharusnya diberi peluang untuk memimpin badan sukan dan peralihan kuasa hendaklah berlaku dalam suasana harmoni dengan penuh semangat kesukanan. Pergeseran dalaman badan sukan yang berlaku akan merugikan pembangunan sukan itu sendiri. Itulah titipan kata yang dikongsikan Tuan Suhardi bin Alias, Pesuruhjaya Sukan Malaysia kepada peserta Kursus Pengurusan Badan Sukan (KPOBS) Peringkat Zon Selatan, Sri Aman, Sarawak.
Seramai 42 peserta dari 25 badan sukan yang berdaftar di Bahagian Sri Aman telah menghadiri program yang bertujuan memberi pengetahuan berkenaan tadbir urus badan sukan yang cekap dan teratur. Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Encik Azizi Johari dan Encik Mohamad Sharbini Golong dari Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak dan Encik Abu Zarin Abu Hassan, Penolong Pesuruhjaya Sukan Kanan dari Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan beliau turut menyampaikan perakuan pendaftaran kepada badan sukan yang baharu berdaftar iaitu Trigona Football Club dan Simanggang Wings Futsal Club.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSri Aman