
- JBS Sarawak
- Hits: 54
PERTUBUHAN BELIA PERLU MENINGKATKAN KECEKAPAN TADBIR URUS
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 25 JUN 2025 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sarawak telah mengadakan Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sarawak pada 21 Jun 2025. Sesi berkenaan dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Bengkel telah dibuka penyertaannya kepada pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Pegawai Belia dan Sukan di bahagian turut dijemput menghadiri bengkel berkenaan.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu meningkatkan kecekapan tadbir urus pertubuhan belia khususnya dalam pematuhan seksyen berkaitan di bawah Akta 668. Selain itu, ianya merupakan usaha untuk meningkatkan pengetahuan khususnya berkaitan isu integriti serta ketakakuran dalam pertubuhan belia. Peserta juga dikongsikan maklumat berkenaan inisiatif dan intensif untuk belia oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sepanjang tahun 2025 seperti Dana Sukan Komuniti.
Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong yang telah menghadiri bengkel tersebut ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie dan Encik Erwan Dzulfadli b Pasah. Perkongsian maklumat melalui bengkel ini juga diharap dapat membantu pertubuhan belia untuk terus bergerak secara efektif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong