1ST RECURVE ACHERY OPEN INTITATION 2025

1ST RECURVE ACHERY OPEN INTITATION 2025

Disediakan oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak

SIBU-22 Jun 2025 - Kelab Memanah Falcon Sibu telah menganjurkan 1st Recurve Open Invitation 2025 selama 3 hari bermula 20 Jun sehingga 22 Jun 2025 bertempat di Padang Bola Sepak, SMK Sacred Heart Sibu. Pertandingan ini mendapat sambutan dari negeri- negeri di Semenanjung Malaysia seperti Negeri Pahang, Melaka juga dapat sambutan dari Negeri Sabah. Manakala di Sarawak mendapat penyertaan dari Sibu , Kuching, Sarikei dan Bahagian Miri. Penyertaan melibatkan seramai 102 orang. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Tuan Oscar Ling Chai Yew, Ahli Parlimen P212 Kawasan Sibu. Manakala Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah diwakili oleh Puan Morni binti Ibrahim. Pejabat Belia dan Sukan mengucapkan tahniah kepada Presiden Kelab Memanah Falcon Sibu, Puan Tiong Hung Sing dan juga semua jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan pertandingan ini sehingga berjaya mendapat penyertaan dari luar Negeri Sarawak.

#PBSBSIBU
#dskkbs2025
#kbs
#RakanMuda
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search