- JBS Sarawak
- Hits: 100
BENGKEL PROFESIONALISME KERJA BELIA SKM-PPT SIRI 6 NEGERI SARAWAK TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 100
Disediakan oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU-22 Jun 2025 -Program Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT telah membuka gelanggang bagi pencalonan baharu pekerja belia di seluruh Malaysia untuk Tahun 2025. Bertempat di Hotel Premier Sibu telah berlangsung selama 3 hari bermula 20 Jun -22 Jun 2025 di bawah seliaan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPDyang melibatkan 45 orang peserta. Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030). Bengkel ini merupakan antara inisiatif penting Kementerian Belia dan Sukan dalam meningkatkan pengiktirafan kompetensi tenaga kerja belia, sejajar dengan matlamat pembangunan modal insan belia negara. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah di wakili oleh 5 orang kakitangan terdiri daripada Pegawai dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan dengan jayanya.
#PBSBSIBU
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#HarungiBersama
