
- JBS Sarawak
- Hits: 28
MASYARAKAT DISERU BERSAMA-SAMA MEMERANGI DADAH
- JBS Sarawak
- Hits: 28
Disediakan oleh: Nfk, PBSB Sibu
19 Jun 2025, Sibu - Satu mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Bahagian Sibu Bil 1/2025 anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sibu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama,Pejabat Residen Sibu dan telah dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu yang juga merupakan ahli mesyuarat. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Residen Sibu ini merupakan platform bagi membincangkan isu berkaitan penyalahgunaan dadah dan substance di peringkat bahagian dan mengatur pelan tindakan penyelesaian bagi menanganinya. Dalam ucapan pengerusi juga yakin pelbagai tindakan dan usaha telah dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengatasinya. Beliau juga berharap agar usaha tersebut akan diteruskan dan dilaksanakan dengan teratur dan tersusun melalui kolaborasi yang kukuh antara pelbagai pihak. Justeru, beliau menyeru agar semua masyarakat untuk sentiasa bersatu dan bekerjasama dalam memerangi musuh dadah daripada terus menular dalam kalangan masyarakat selari untuk merealisasikan “Sarawak Maju Makmur Bebas Dadah”