
- JBS Sarawak
- Hits: 59
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN, JBSN SARAWAK TURUT KE BENGKEL PROFESIONALISME KERJA BELIA SKM-PPT SIRI 6 NEGERI SARAWAK TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 20 Jun 2025 – Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 6 Peringkat Negeri Sarawak telah berjaya dilaksanakan pada 18 hingga 20 Jun 2025 bertempat di Premier Hotel, Sibu. Seramai 44 orang peserta dari pelbagai bahagian telah terlibat dalam program ini yang dianjurkan bagi memperkasa kemahiran profesionalisme dan pembangunan kerjaya dalam bidang kerja belia.
Bengkel ini memberi tumpuan kepada pemantapan pengetahuan dan kemahiran peserta berkaitan Standard Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Antara pengisian utama adalah pembentangan modul, latihan praktikal, serta sesi bimbingan portfolio oleh fasilitator berpengalaman.
Turut hadir dalam sesi utama bengkel ialah Encik Dennis Dempi, Encik Rawing Uking dan Encik Julian Chong, yang merupakan pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Kehadiran mereka telah memberi motivasi serta panduan berguna kepada peserta dalam memahami keperluan industri dan laluan kerjaya belia di peringkat negeri.
Bengkel ini merupakan antara inisiatif penting Kementerian Belia dan Sukan dalam meningkatkan pengiktirafan kompetensi tenaga kerja belia, sejajar dengan matlamat pembangunan modal insan belia negara.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama