
- JBS Sarawak
- Hits: 54
SESI KEDUA PROGRAM BIGGEST LOSER KBS NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 21 Jun 2025 – Program Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Sarawak Sesi Kedua telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Program ini melibatkan peserta yang telah melepasi sesi penimbangan pertama sebelum ini dan kini meneruskan cabaran dalam usaha menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan.
Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah daripada Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan, diikuti dengan sesi penimbangan berat badan sebagai penanda aras kemajuan peserta sejak penyertaan mereka. Suasana penuh semangat dan motivasi jelas terpancar dalam kalangan peserta yang berazam untuk mencapai matlamat kesihatan masing-masing.
Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan kecergasan fizikal serta menggalakkan pengurusan berat badan yang berterusan dalam kalangan masyarakat. Program ini juga menyediakan bimbingan dari aspek pemakanan, gaya hidup sihat serta latihan fizikal berkala.
Timbangan akhir akan dilaksanakan pada 6 September 2025 bagi menentukan peserta yang berjaya mencatat penurunan berat badan paling tinggi. Biggest Loser KBS merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk membudayakan amalan hidup sihat secara menyeluruh khususnya di Negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama