
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Kunjungan Hormat Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri ke Residen Bahagian Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 17 JUN 2025 – Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri, Encik Roley Lagir telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Residen Miri, sebentar tadi. Hadir sama ialah Puan Stephanie Wendy Stamford dan Puan Magdline Eddie Saga dari Unit Pembangunan Belia, PBSB Miri dan Encik Lim Wei Peng, Pengerusi Kelab Belia Bestari Bandar Miri selaku rakan kolaborasi program.
Perjumpaan bersama Tuan Galong anak Luang, Residen Bahagian Miri pada hari ini adalah untuk memberi taklimat program Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Miri 2025. PBSB Miri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Residen di atas nasihat dan cadangan bagi memastikan program tersebut mencapai objektif dan berjalan dengan lancar. Semoga dengan kunjungan hormat ini menyimpul jalinan hubungan baik dan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak dalam pada masa akan datang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri