
- JBS Sarawak
- Hits: 92
MESYUARAT JAWATANKUASA PESTA LADA JULAU BIL.1/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 92
Disediakan oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak
SARIKEI, 16 JUN 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pesta Lada Julau Bil.1/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Julau yang dipengerusikan oleh En Minggu Anak Jampong, Pegawai Daerah Julau, Agenda mesyuarat ini adalah penetapan Tarikh dan Tempat, Pemilihan Vendor, Perancangan aktiviti, Pembentukan Jawatankuasa Kerja dan hal-hal lain. Hadir dalam mesyuarat ini En Zulfadhli bin Leonardo, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Pejabat ini juga diberi tanggungjawab dalam menganjurkan senamrobik sempena pesta ini.
Pesta Lada Ini merupakan acara tahunan bagi Daerah Julau akan berlangsung pada 20 hingga 27 September 2025 yang mempromosikan Julau sebagai Daerah pengeluar lada Sarawak. Selain itu juga, pesta ini juga, mempromosi produk- produk berasaskan lada di kalangan kakitangan dan penduduk sekitar dan juga pengunjung yang mengunjungi Pesta Lada Julau. Pesta ini juga, Memberi ruang dan peluang kepada peladang lada di sekitar Daerah Julau untuk mendalami lebih banyak ilmu dan peluang perniagaan berkaitan Lada melalui aktiviti yang diadakan. Dan Memberi peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Pekan Julau.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d