
- JBS Sarawak
- Hits: 75
TAMAN REKREASI SEBANGKOI BAKAL DIMERIAHKAN SEMPENA SARIKEI FESTIVAL 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 75
Disediakan Oleh : M.Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 16 Jun 2025 : Sebangkoi, sebuah tempat yang paling menjadi nostalgia kepada sesetengah individu khususnya pengguna jalan raya lama dari Kuching ke Sibu, sebelum wujudnya lebuhraya Pan Borneo. Tempat ini pada satu ketika dahulu sangat terkenal dengan taman rekreasi dan taman haiwan selain dengan mitos 'alam ghaib'nya.
Bagi membantu kerajaan mengangkat Sebangkoi kembali sebagai tempat pelancongan dan rekreasi, satu perbincangan telah diadakan di antara YBhg. Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei dengan Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia & Sukan Bahagian Sarikei, Haji Abdul Rani bin Jemi, Cawangan Pembangunan Sukan, Encik Abdul Rani bin Adi dan Encik Baharin bin Madon dari Duton Mountaineering Club berkenaan pelaksanaan Sebangkoi Rainforest Trail Run & Glamping 3.0 yang akan diadakan pada 25-27 Julai 2025 di Taman Rekreasi Sebangkoi.
Berbagai aktiviti akan diadakan seperti Glamping, Trail Run 10KM, Fun Trail 3.5KM serta beberapa aktiviti lain seperti Kembara Rimba, Khidmat Komuniti, RC Trail Crawler Gathering, Pertandingan Rakan Muda Doodle Art, Pertandingan Rakan Muda Inovasi Kitar Semula, Gerai Jualan, Rakan Muda Clash of Busker, Sebangkoi Rainforest Musical Night dan Walk Rally Malaysia Aktif @ Komuniti. Aktiviti ini dijangka menarik penyertaan seramai lebih 800 orang dari seluruh negeri Sarawak termasuk penduduk di 10 buah rumah panjang di sekitar Sebangkoi. Turut terlibat dalam penganjuran SRF TR&G3.0 ialah MAKSAK Sarikei, MDS, KEMADAS dan Pejabat Hutan Wilayah Sarikei serta disokong oleh Divisional Tourism Task Group.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d