POOLAT PAITA X LAKAR KEJUARAAN SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN KOMUNITI MUKAH 2025

POOLAT PAITA X LAKAR KEJUARAAN SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN KOMUNITI MUKAH 2025

Disediakan oleh : Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 16 JUN 2025 – Liga Sukan Komuniti Bahagian Mukah 2025 baru-baru ini diteruskan dengan sukan sepak takraw yang telah berlangsung pada 15 Jun 2025 di Dewan Sukan Tertutup SSC Mukah. Penglibatan sebanyak 16 pasukan dalam kejohanan ini dengan pelbagai agensi, kelab dan peminat sukan sepak takraw di bahagian Mukah membuktikan bahawa sukan ini antara yang diminati masyarakat di Mukah. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Bahagian Mukah (PESTAM) merupakan platform bagi pembangunan sukan sepak takraw selain dapat memupuk perpaduan dalam kalangan komunti setempat.

Kejohanan tersebut menyaksikan pasukan Poolat Paita X telah menjuarai saingan di peringkat akhir menentang pasukan Man Eleven masing - masing merangkul hadiah wang tunai RM 300.00 dan RM 200.00 beserta pingat dan sijil penyertaan sekaligus pasukan tersebut mewakili bahagian Mukah ke peringkat Sarawak yang akan berlangsung pada penghujung 19-20 Julai 2025. Tempat ketiga bersama telah dimenangi pasukan Maneesya Rangers dan J.O.I STC. Hadiah kemenangan telah disampaikan Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian. Beliau turut diiringi Encik Syahrulizan Madian, Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Mukah (PESTAM) dan Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search