PROGRAM TEAM BUILDING SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UD DALAT

PROGRAM TEAM BUILDING SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UD DALAT

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 19 MEI 2025 – Program Team Building  anjuran Sekolah Kebangsaan Sungai Ud, Dalat dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah diadakan pada 17 Mei 2025 di Kompleks Sukan Komuniti Mukah. Program selama sehari itu telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik melibatkan kepimpinan, kreativiti, kerjasama pasukan dan strategi. Terlaksananya program ini adalah hasil cetusan idea daripada guru-guru dan kakitangan sekolah sendiri dalam usaha mereka untuk meningkatkan kerjasama berpasukan demi organisasi mereka yang tercinta. Selain itu, program ini adalah usaha mereka dalam meningkatkan sinergi demi meneruskan khidmat bakti kepada anak-anak didik mereka.

41 orang peserta telah terlibat dalam program tersebut yang melibatkan guru-guru dan kakitangan pentadbiran sekolah. Program telah dikendalikan oleh fasilitator dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Giatmara Mukah. Pada sebelah petangnya majlis penangguhan telah disempurnakan bersama oleh Encik Mohd Fauzi bin Abdullah, Guru Besar SK.Sungai Ud, Dalat dan Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberikan kepercayaan penuh dalam mengelola aktiviti tersebut sehingga ke penghujungnya.

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search