
- JBS Sarawak
- Hits: 79
PERSATUAN TENPIN BOLING NEGERI SARAWAK (ABAS) TERIMA GERAN PADANAN SUKAN DARIPADA KBS
- JBS Sarawak
- Hits: 79
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 19 MEI 2025 – Persatuan Tenpin Boling Negeri Sarawak (ABAS) menerima Geran Padanan Sukan (GPS) berjumlah RM150,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk penganjuran Sarawak International Skill Challenge (SISC).
Replika cek geran itu telah disampaikan Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) Alan Ling mewakili Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kepada Presiden ABAS dan Timbalan Presiden Kongres Boling Tenpin Malaysia Sunny Si Poh Heng. Cek disampaikan pada majlis penyampaian hadiah SISC di pusat boling Megalane East Bintang Megamall, semalam. Turut hadir ialah Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Encik Roger Danny, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri untuk membuat pemantauan program.
Pertandingan yang diadakan bermula 13 hingga 18 Mei itu disertai 73 pemain yang terlibat dalam pelbagai kategori. Dalam pada itu Johnathan Chan Tian Sheng muncul juara kategori terbuka SISC dan menerima hadiah utama berjumlah RM10,000.Tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang Muhammad Hafiz Zainuddin dan Ahmad Muaz Mohd Fishol dengan hadiah RM5,000 dan RM2,500.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri