
- JBS Sarawak
- Hits: 92
BELIA MIRI DIBERI PENGIKTIRAFAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 92
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 19 MEI 2025 – Syabas dan tahniah kepada belia Miri yang telah mendapat Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2025 Peringkat Negeri Sarawak pada 17 Mei 2025 di Pusat Konvensyen Serian. Bagi kategori wanita, Cik Rapunzel Anthony Jamuh mendapat Johan membawa pulang RM3,000.00 manakala Cik Michelle Toh mendapat tempat ketiga membawa pulang RM500.00. Bagi kategori pertubuhan, Kelab Belia Perkasa Taman Marina telah mendapat tempat kedua dan membawa pulang RM5,000.00.
APBN yang mula diperkenalkan pada tahun 1988 bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat belia Malaysia. Yakin boleh!
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri