
- JBS Sarawak
- Hits: 128
INSPIRE I-TALENT PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025 (SIRI 1 – BAHAGIAN SIBU) BUKA TIRAI DENGAN MERIAH
- JBS Sarawak
- Hits: 128
SIBU, 18 Mei 2025 – Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Sarawak 2025 (Siri 1 – Bahagian Sibu) telah berlangsung dengan jayanya pada 17 hingga 18 Mei 2025 bertempat di My Centre, Sibu. Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 140 peserta yang mendaftar awal, membuktikan sambutan hangat dalam kalangan belia dan komuniti setempat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu yang menyampaikan ucapan inspirasi kepada para peserta. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Sarawak dengan kerjasama erat daripada Persatuan Para Negeri Sarawak yang terlibat dalam pelbagai sukan seperti ping pong, renang, catur, badminton dan boccia.
Objektif utama program ini adalah untuk mencungkil bakat belia termasuk individu berkeperluan khas dalam bidang sukan, serta memberi pendedahan awal kepada potensi yang boleh digilap ke peringkat lebih tinggi.
Penganjuran siri ini bukan sahaja mencerminkan komitmen kerajaan dalam pembangunan sukan inklusif, malah menggalakkan keterlibatan aktif komuniti dalam membina generasi cemerlang dan berdaya saing.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama