
- JBS Sarawak
- Hits: 99
PERTANDINGAN AEROBATHON TARIK PENYERTAAN 60 ORANG SEMPENA HARI BELIA NEGARA SARAWAK 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 99
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
Serian, 17 Mei 2025 – Sebanyak 60 peserta telah menyertai Pertandingan Aerobathon sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2025 yang berlangsung meriah di Serian Conference Centre bermula jam 2.00 petang.
Acara tersebut menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk orang awam, komuniti tempatan, pelajar sekolah sekitar Serian serta ahli Kelab Kecergasan Kota Samarahan yang turut berperanan sebagai instruktor utama. Dengan iringan muzik rancak dan bimbingan profesional, para peserta menunjukkan semangat tinggi dan kesungguhan sepanjang sesi berlangsung.
Program ini bukan sahaja bertujuan memupuk budaya hidup sihat, malah menjadi landasan untuk mengeratkan hubungan dalam komuniti melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan. Kehadiran peserta yang pelbagai latar belakang membuktikan Aerobathon sebagai aktiviti inklusif dan mendapat sambutan baik.
Pihak penganjur berharap penganjuran program sebegini dapat diteruskan secara berkala dan diperluaskan ke seluruh negeri bagi menyokong agenda kesihatan dan kesejahteraan belia Malaysia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama