
- JBS Sarawak
- Hits: 115
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN MERIAHKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 115
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
Serian, 17 Mei 2025 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Sarawak telah menyertai Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Serian Conference Centre dengan penganjuran aktiviti kecergasan jasmani bagi orang awam.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah “Mari Mencuba Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan” yang melibatkan tiga ujian utama iaitu ujian bangun tubi, ujian genggaman tangan, serta ujian duduk dan jangkau. Seramai 100 orang peserta telah mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti ini yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap kepentingan kecergasan fizikal dalam kalangan masyarakat, khususnya belia.
Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mencuba sendiri ujian kecergasan tersebut semasa sesi roundabout selepas merasmikan sambutan. Kehadiran beliau telah menarik perhatian ramai dan membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam mempromosikan gaya hidup sihat.
Turut hadir, Puan Fatimah Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sarawak yang memberikan sokongan penuh sepanjang penganjuran aktiviti tersebut. Sambutan ini berjaya memberi impak positif dan menyemarakkan semangat belia Sarawak ke arah kehidupan yang lebih sihat dan aktif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama