
- JBS Sarawak
- Hits: 45
PBSB SARIKEI TERLIBAT DENGAN SESI LIBAT URUS PENGAKAP DAERAH MERADONG
- JBS Sarawak
- Hits: 45
Disediakan Oleh : MA. Johari, JBSN Sarawak
MERADONG, 16 Mei 2025 : Unit Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Meradong dan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak (Daerah Meradong) telah mengadakan Sesi Libaturus bagi pendaftaran keahlian Pengakap, skim lencana Pengakap dan perancangan aktiviti tahunan. Sesi libat urus ini diadakan khusus untuk pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat Kumpulan (Sekolah) di Daerah Meradong. Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei yang juga Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Sarikei telah dijemput bagi memberi taklimat berkenaan Skim Lencana Pengakap dan perancangan aktiviti Pengakap. Turut dijemput dalam sesi ini ialah Tuan Zalani bin Hj. Sidi, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sarikei.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Awg. Nurizal bin Awg. Kenit, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Meradong (Unit Pembangunan Bakat Murid) dan Tuan Abg. Adzhar bin Abg. Abdillah, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Meradong kerana telah memberi kepercayaan kepada PBSB Sarikei untuk terlibat dalam mengendalikan sesi ini. PBSB Sarikei sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran khususnya kepada agensi, NGOs atau VO yang memerlukan perkhidmatan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d