
- JBS Sarawak
- Hits: 52
MAJLIS PERASMIAN KELAB PICKLEBALL SEKOLAH
- JBS Sarawak
- Hits: 52
Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 02 MAY 2025 – Persatuan Pickleball Bahagian Sibu telah mengadakan Majlis Perasmian Kelab Pickleball Sekolah di Hotel Kingwood, Sibu. Berucap pada majlis itu, ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, menegaskan bahawa inisiatif ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa bantuan Jabatan Pendidikan Daerah Sibu yang diketuai Ahli Chikba, serta sokongan dan pengesahan Jabatan Pendidikan Sarawak (JPNS). Pada 26 Disember 2024, persatuan telah menerima kelulusan rasmi untuk menubuhkan kelab pickleball di sekolah-sekolah Sibu.
Ini bukan sahaja memberikan sokongan dasar, tetapi juga memberi pengiktirafan kepada pelajar yang menyertai kelab ini agar diberi dianugerahkan mata aktiviti kokurikulum. Sekolah-sekolah yang terpilih telah dibekalkan dengan set peralatan sukan Pickleball ini bagi memudahkan permulaan sukan ini dilaksanakan di sekolah.
Puan Morni binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu turut hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Diharapkan agar sukan Pickeball ini dapat diperluaskan lagi sehingga ke sekolah di Daerah Kanowit dan Selangau.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#TeamKBS
#MADANISihat