
- JBS Sarawak
- Hits: 79
KELAB BOLA JARING SUBIS PASUKAN TEKNIKAL ACARA BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI BAHAGIAN MIRI 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 79
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 5 MEI 2025 – Kelab Bola Jaring Subis yang diwakili oleh Puan Lily Teo dan Puan Wong Chai Ming telah hadir ke sesi perbincangan Kejohanan Liga Sukan Komuniti Bahagian Miri 2025 bagi acara bola jaring bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri pada 2 Mei 2025.
Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri bersama Encik Roger Danny dari Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri telah memberi taklimat kejohanan kepada pihak Kelab Bola Jaring Subis selaku pasukan teknikal bagi acara bola jaring. Bagi acara tersebut, sebanyak 16 pasukan dijangka akan turut serta dalam Kejohanan Liga Sukan Komuniti 2025 pada bulan Jun 2025.
Pada tahun ini, Kejohanan Liga Sukan Komuniti 2025 mempertandingkan tiga jenis acara iaitu sepak takraw, ping pong dan bola jaring. Melalui program ini, ianya dapat mencungkil bakat baharu sukan negara dari akar umbi dan menyemai budaya sukan serta gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat. Borang penyertaan boleh didapati di laman sosial Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dalam masa terdekat.