
- JBS Sarawak
- Hits: 52
6 SEGMEN AKTIVITI DIPILIH UNTUK MENYEMARAKKAN HARI BELIA NEGARA DI BAHAGIAN MIRI
- JBS Sarawak
- Hits: 52
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 2 MEI 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak IKBN Miri dan Persatuan Belia Kristian Rhema selaku rakan strategik program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Miri 2025 di bilik perbincangan PBSB Miri pada 30 April yang lalu. Sesi perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri.
Antara agenda perbincangan ialah penetapan segmen Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Miri tahun 2025 yang diisi dengan tujuh jenis aktiviti bagi memeriahkan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Miri 2025 di IKBN Miri pada 15 Mei kelak. Selain penglibatan agensi kerajaan, aktiviti yang akan dilaksanakan juga melibatkan NGO belia, Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Rakan Muda IKBN Miri. Semoga perancangan aktiviti yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif Hari Belia Negara.