
- JBS Sarawak
- Hits: 57
PERBINCANGAN AWAL AKTIVITI DI TAMAN RIMBA SEBANGKOI SEMPENA PESTA SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 57
Disediakan Oleh : MJA, JBSN Sarawak
SARIKEI, 2 Mei 2025: Pada hari ini, Pejabat Residen Bahagian Sarikei telah menjemput beberapa agensi dan NGOs bagi mengadakan perbincangan untuk mengadakan program di Taman Rimba Sebangkoi sempena Pesta Sarikei 2025. Antara agensi yang hadir ialah Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Majlis Daerah Sarikei, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarikei serta Duton Mountaineering Club.
Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah membentangkan kertas kerja Sebangkoi Rainforest Trail Run & Glamping 3.0, 2025. Program ini akan dianjurkan oleh Duton Club dengan kerjasama PBSB Sarikei, MDS dan Jabatan Perhutanan Sarikei.
Antara aktiviti utama yang bakal diadakan nanti ialah Trail Run 10KM, Fun Trail 3 KM dan Glamping manakala untuk aktiviti sampingan akan diadakan Kembara Rimba Sebangkoi Trail 3KM, Walk Rally dan RC Crawler Mini Gathering.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d