
- JBS Sarawak
- Hits: 86
MINI TOWNHALL DAN MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI KAPIT DIGITAL INNOVATION HUB
- JBS Sarawak
- Hits: 86
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 2 Mei 2025 – Suasana meriah dan berinformatif di Event Space Kapit Digital Innovation Hub (Kapit DIH) dengan penganjuran program Mini Townhall & Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 pada 30 April yang lalu oleh pihak Kapit DIH dengan kerjasama Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC). Program tersebut telah dihadiri oleh Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit dan En. Martin Sherman Minggu, Penolong Pegawai Belia dan Sukan.
Program yang bermula seawal jam 9.30 pagi itu telah dihadiri pelbagai lapisan komuniti tempatan termasuk belia, usahawan, dan wakil agensi kerajaan. Sesi Mini Townhall telah dimulakan dengan pengenalan mengenai fungsi SDEC dan peranan Kapit DIH dalam memacu transformasi digital di kawasan pedalaman Sarawak. Sesi tersebut dikendalikan oleh penceramah Cik Maureen Thiong dan En. Mohd Arif Seli dari Kapit DIH.
Menariknya, sesi ini turut menyediakan aktiviti lawatan secara maya ke Makerami Makerspace yang memperkenalkan peserta kepada kemudahan teknologi pembuatan dan inovasi digital yang disediakan di pusat tersebut. Selain itu, hadirin juga didedahkan dengan pelbagai program yang sedang dan akan dilaksanakan di Kapit DIH, termasuk bengkel keusahawanan digital, latihan teknologi, dan peluang kerjasama komuniti.
Program diteruskan dengan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri pada jam 12.30 tengah hari yang menyemarakkan lagi suasana kemeriahan Syawal. Para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah tradisional sambil beramah mesra dalam suasana yang penuh muhibah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbkapit