
- JBS Sarawak
- Hits: 97
JELAJAH PROGRAM CSR AIDILFITRI BERSAMA KOMUNITI BORNEO MADANI 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 97
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 APRIL 2025 – Satu program telah dijalankan minggu lalu yang dinamakan Jelajah Program CSR AidilFitri bersama Komuniti Borneo Madani hujung minggu lalu yang bertempat di dewan Kampung Pabahanan,Limbang. Program Kebajikan ini dikelolakan oleh Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia atau Malaysian Four Wheel Drive Association (MFWDA). Menyerikan perasmian kejohanan ini ialah Wakil YB Dato Haji Hasbi Bin Habibollah, ahli Parlimen P221 Limbang serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Lamat Anak Nyalau.
Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia, Encik Mohd Khairol Nizam bin Mohamad Ibrahim Khan berkata Program ini juga dapat memberi inspirasi kepada generasi muda dalam melakukan kebajikan kepada masyarakat setempat.
Akhir kata, sekali lagi PBSB LimbanG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia atau Malaysian Four Wheel Drive Association (MFWDA) dan Kelab Sukan Permotoran Pacuan Empat Roda atau Lawas Four Wheel Drive Club (LFWDC) telah menjayakan program ini dan PBSB Limbang amat yakin program yang dianjurkan ini bertujuan untuk menyantuni semua golongan masyarakat ini mendapat sokongan padu daripada masyarakat.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang