
- JBS Sarawak
- Hits: 72
LIMBANG AGROFEST MENDAPAT TEMPAT DI HATI WARGA LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 72
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 APRIL 2025 – Satu karnival telah diadakan pada minggu lalu yang bertempat di Lot 777, Limbang yang dinamakan Limbang Agrofest . Program anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Limbang adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan tentang pertanian di bahagian Limbang.
Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Bin Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan,Komoditi, Pembangunan Wilayah Sarawak mewakili Datuk Sri Stephen Rundi Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak telah merasmikan Limbang Agrofest. Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan masyarakat lebih peka dan lebih arif tentang pertanian.
Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut hadir memberi sokongan kepada program ini. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuhkan lagi sektor pertanian di kalangan pelbagai pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang