
- JBS Sarawak
- Hits: 47
MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI JPPBGPS SAMARAHAN MERIAHKAN PENUTUP SYAWAL 1446H
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 28 April 2025 (Isnin) – Sempena penutup bulan Syawal 1446H, Jawatankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Sarawak (JPPBGPS) Bahagian Samarahan telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang berlangsung meriah di kawasan parkir Wisma Persekutuan Kota Samarahan.
Majlis yang julung kali diadakan dengan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, merangkap Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan selaku Tetamu Kehormat.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Encik Mohamad Irwan bin Bahari Bujang, Residen Bahagian Samarahan serta Encik Ahmad Bin Abdul Razak, Pegawai Daerah Samarahan.
Majlis ini juga menjadi simbolik peralihan kepimpinan JPPBGPS bagi sesi 2025/2026, di mana En. Mohd Asraf Bin Mohd Nor, Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat Bahagian Samarahan sebagai Pengerusi baharu, menggantikan En. Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, selaku mantan Pengerusi sesi 2024/2025.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang majlis, antaranya, Pertandingan Karaoke Solo dan Duet, Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Mengikat Kain Sampin (Sabok) dan Pertandingan Teka Lagu Raya.
Acara dimeriahkan dengan kehadiran kakitangan pelbagai jabatan serta komuniti setempat, diselang-seli dengan suasana santai dan penuh semangat kekeluargaan. Majlis turut dikendalikan oleh dua pengacara acara, iaitu Puan Norliati Binti Li dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan Encik Aizam dari Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Samarahan.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Syawal, malah mengukuhkan lagi hubungan antara agensi persekutuan di Bahagian Samarahan dalam suasana muhibah dan harmoni.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama