
- JBS Sarawak
- Hits: 54
PROGRAM IFITER MERIAHKAN WELLNESS HUB KOTA SAMARAHAN DALAM MINGGU KEDUA PELAKSANAAN
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 19 April 2025 (Sabtu) – Program IFitEr (IFit and Eat Right) terus mendapat sambutan menggalakkan apabila memasuki minggu kedua pelaksanaannya, dengan seramai 50 peserta hadir dengan semangat berkobar-kobar di lokasi program yang berlangsung di hadapan The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan.
Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Wellness Hub Kota Samarahan, yang bertujuan memupuk kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat melalui aktiviti fizikal dan amalan pemakanan sihat.
Senaman diterajui oleh dua jurulatih bertauliah, Encik Sukiman Bin Adenan dan Puan Norliati Binti Li, masing-masing mewakili Kelab Kecergasan Kota Samarahan dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
Menariknya, Program IFitEr ini bukan sahaja dilaksanakan secara fizikal setiap Isnin dan Sabtu, malah turut diperluaskan secara dalam talian melalui V Challenge, di mana peserta digalakkan melakukan senaman secara kendiri di rumah atau di tempat masing-masing.
Kehadiran dan penglibatan aktif peserta membuktikan keberkesanan pendekatan hibrid ini dalam membudayakan kesihatan sebagai gaya hidup, selari dengan matlamat pembangunan komuniti aktif dan sejahtera.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama