PROGRAM SENAMROBIK MERIAHKAN HUBUNGAN ANTARA JABATAN: KERJASAMA PDRM DAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN

PROGRAM SENAMROBIK MERIAHKAN HUBUNGAN ANTARA JABATAN: KERJASAMA PDRM DAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 7 April 2025 (Khamis) – Sebuah program senamrobik anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Samarahan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah berjaya diadakan di Dewan Serbaguna Polis Daerah Samarahan, bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Superintendan Damataries Lautin, yang baru sahaja dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Samarahan. Kehadiran beliau telah memberikan suntikan semangat kepada semua peserta dan menzahirkan sokongan penuh terhadap program berteraskan kesihatan ini.

Senamrobik diketuai oleh jurulatih bertauliah, Encik Sukiman Bin Adenan, yang juga merupakan Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan, dengan penglibatan aktif daripada pelbagai lapisan peserta. Turut hadir, Puan Norliati Binti Li mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif pembangunan komuniti yang aktif dan sihat.

Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara agensi keselamatan dan komuniti belia setempat, selari dengan hasrat untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dan perpaduan masyarakat.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search