MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 1446H/2025 JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK MERIAH DENGAN TEMA ZAMAN DULU-DULU

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 1446H/2025 JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK MERIAH DENGAN TEMA ZAMAN DULU-DULU

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 6 April 2025 (Rabu) – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1446H/2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah berlangsung dengan penuh kemeriahan bertempat di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Bertemakan “Hari Raya Zaman Menseya (Zaman Dulu-dulu)”, majlis ini berjaya menyatukan warga jabatan dalam suasana penuh nostalgia dan kemesraan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tuan Lamat Anak Nyalau, yang menyampaikan ucapan ringkas serta beramah mesra bersama kakitangan dan tetamu yang hadir.

Majlis diserikan dengan pelbagai juadah tradisional dan moden yang disediakan oleh semua cawangan – termasuk Bahagian Belia, Bahagian Sukan, serta Rakan Muda. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan Bahagian Kuching turut menyumbang kepelbagaian minuman sejuk dan panas, menambah kemeriahan suasana sambutan hari raya tersebut.

Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan, malah menyemarakkan semangat kekitaan dalam suasana Hari Raya yang penuh bermakna.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search