PENDAFTARAN PROGRAM IFitEr (IFit and Eat Right) MERIAHKAN WELLNESS HUB KOTA SAMARAHAN

PENDAFTARAN PROGRAM IFitEr (IFit and Eat Right) MERIAHKAN WELLNESS HUB KOTA SAMARAHAN

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 12 APRIL 2025 (Sabtu) – Seramai 65 peserta komuniti telah mendaftar dan menyertai sesi pertama Program IFitEr (IFit and Eat Right) yang berlangsung dengan jayanya di Wellness Hub, Kota Samarahan. Program IFitEr yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat ini dimulakan dengan sesi taklimat menyeluruh mengenai perjalanan program, pengenalan kepada aplikasi BookDoc, serta cara penggunaan buku log IFitEr bagi mencatat kemajuan kesihatan peserta.

Antara aktiviti utama yang mencuri tumpuan termasuk, Saringan kesihatan dan ujian kecergasan, merangkumi larian 12 minit, lima tahap bangkit tubi, dan satu minit tekan tubi, Ceramah Psikologi yang disampaikan oleh Pegawai Kaunselor, memberi penekanan terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup aktif dan Sesi Amalan Pemakanan Sihat oleh Pegawai Sains Pemakanan, yang memperkenalkan strategi pemakanan seimbang untuk kecergasan optimum.

Sebagai simbolik pembukaan rasmi program, semua peserta telah bersama-sama melafazkan Aku Janji, menandakan komitmen mereka untuk kekal konsisten sepanjang tempoh pelaksanaan program. Program ini merupakan kolaborasi diantara Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan Kelab Sukan Kecergsan Kota Samarahan. Puan Norliati Binti Li, Pembantu Belia dan Sukan dan Encik Sukiman Bin Adenan, Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan telah dilantik sebagai Jurulatih sepanjang program ini dilaksanakan.

“Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang hadir. Semoga semangat yang ditunjukkan kekal membara sehingga ke penghujung program IFitEr,” ujar wakil penganjur. Program IFitEr dijangka menjadi pemangkin kepada perubahan gaya hidup lebih sihat dalam kalangan komuniti Kota Samarahan.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search