SESI PERBINCANGAN BERSAMA JAWATANKUASA TEKNIKAL LIGA SUKAN KOMUNITI BAHAGIAN MIRI 2025

SESI PERBINCANGAN BERSAMA JAWATANKUASA TEKNIKAL LIGA SUKAN KOMUNITI BAHAGIAN MIRI 2025

Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak 

MIRI, 30 APRIL 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak persatuan dan teknikal bagi acara sepak takraw dan ping pong sebagai persediaan Kejohanan Liga Sukan Komuniti Bahagian Miri 2025 yang akan dilaksanakan pada bulan Jun kelak.

Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri bersama Encik Roger Danny dari Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri telah memberi taklimat kejohanan dan mengadakan perbincangan bersama Encik Bujang Mat selaku pegawai teknikal bagi acara sepak takraw dan Encik Robin Ling dari Persatuan Ping Pong Miri, semalam. Melalui sesi perbincangan tersebut, pihak teknikal dan persatuan bagi kedua-dua acara turut memberi cadangan dan penambaikan agar kejohanan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Pada tahun ini, Kejohanan Liga Sukan Komuniti 2025 mempertandingkan tiga jenis acara iaitu sepak takraw, ping pong dan bola jaring. Melalui program ini, ianya dapat mencungkil bakat baharu sukan negara dari akar umbi dan menyemai budaya sukan serta gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat. Borang penyertaan boleh didapati di laman sosial Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dalam masa terdekat.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search