
- JBS Sarawak
- Hits: 90
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 1/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 90
Disediakan oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak
SARIKEI, 29 April 2025 : Program Transformasi Minda (PTM) Siri 1/2025 anjuran Institut Tadbir Awam Negara Kampus Wilayah Sarawak sebagai salah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012. Program ini telah dihadiri oleh En Zulfadhli bin Leonardo, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei pada 21-25 April 2025 di INTAN Kota Samarahan.
Kursus ini memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d