
- JBS Sarawak
- Hits: 69
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN TAEKWONDO POOMSAE DAN HANMADANG JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SARAWAK KALI KE -3 TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 69
Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 12 APRIL 2025 – Kelab Taekwando United Sibu (MTA) telah menganjurkan Kejohanan Taekwando Poomsae dan Hanmadagang Jemputan Sekolah-sekolah Negeri Sarawak kali ke-3 tahun 2025 bertempat di Dewan SMK Methodist Sibu pada 11-13 April 2025. Seramai 601 orang pelajar telah menyertai kejohanan selama 3 hari ini. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Joseph Chieng Jin Ek, N51 Ahli Dewan Undangan Sarawak Bukit Assek. Turut hadir Dr Henry Toh Yew King, Presiden Persekutuan Taekwando Negeri Sarawak. Manakala Puan Morni binti Ibrahim telah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Kelab Taekwando United Sibu (MTA) ini sangat aktif dalam penganjuran program Taekwando. Tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Kelab yang bersungguh-sungguh melaksanakan kejohanan ini yang sebelum ini diadakan di Sarikei.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS