
- JBS Sarawak
- Hits: 64
MESYUARAT DOMAIN PENYERTAAN SOSIAL
- JBS Sarawak
- Hits: 64
MESYUARAT DOMAIN PENYERTAAN SOSIAL
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 29 APRIL 2025 – Pada 22 April 2025 yang lepas, selaku Pengerusi Domain Penyertaan Sosial lantikan dari Pejabat Residen Bahagian Kuching, Cik Margaret Sawing telah mempengerusikan Mesyuarat Domain Penyertaan Sosial di Bilik Mesyuarat Santubong JBSN Sarawak. Mesyuarat Domain Penyertaan Sosial ini merujuk kepada satu sesi perbincangan rasmi yang fokusnya adalah terhadap aspek penyertaan sosial — biasanya dalam konteks masyarakat, komuniti, atau inisiatif sosial tertentu.
Secara umum, Domain Penyertaan Sosial melibatkan perkara seperti; penglibatan komuniti dalam aktiviti sosial dan sukarelawan; penyertaan dalam keputusan awam (seperti program komuniti, jawatankuasa); Inklusiviti dan keterangkuman kumpulan rentan (warga emas, OKU, golongan B40, dsb.); pengukuhan jaringan sosial dan sokongan dalam komuniti dan meningkatkan akses kepada peluang sosial (contohnya program kerajaan, NGO, dll.)
Mesyuarat pada kali ini memberi fokus/ perbincangan status semasa aktiviti penyertaan sosial, penyelarasan antara agensi, jabatan, atau pihak berkepentingan, pengumpulan maklum balas dari komuniti dan mendapatkan data persatuan/pertubuhan yang bukan bermotif keuntungan. Sebanyak 15 Jabatan/Agensi/Ngo’s yang terlibat dalam mesyuarat pada kali ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching