
- JBS Sarawak
- Hits: 68
AMANAT KETUA PENGARAH JBSN
- JBS Sarawak
- Hits: 68
AMANAT KETUA PENGARAH JBSN
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 29 APRIL 2025 – Pegawai dan kakitangan PBSB Kuching turut hadir bersama-sama menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3/2025 yang dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) secara atas talian (Google Meet) pada 4 April 2025, jam 8.15 pagi bertempat di Podium A, Menara KBS. Perhimpunan bertujuan menyampaikan pengumuman penting, polisi baru atau perubahan dalam organisasi.
Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN telah menyampaikan amanat beliau semasa perhimpunan ini. Beberapa perkara yang ditekankan dalam perutusan beliau, termasuk menggalakkan penggunaan Artificial Intelligence (AI) di peringkat akar umbi iaitu program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ‘Kecerdasan Buatan’ selari dengan perkembangan teknologi maklumat(IT) semasa. Selain itu, beliau turut menggalakkan semua pegawai belia dan sukan meningkatkan kemahiran dan prestasi masing-masing seperti mengikuti program Profesional Kerja Belia. Peranan pegawai selaku barisan hadapan di peringkat akar umbi perlu dipertingkatkan dengan mengambilkira kemahiran berkomunikasi secara intelek dan efektif yang melibatkan semua peringkat umur stakeholder dan pemegang taruh yang berurusan dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah/Bahagian/Kawasan di seluruh Negara. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri yang lain.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching