
- JBS Sarawak
- Hits: 44
MESYUARAT PENYEDIAAN GERAI RAYA SEMPENA MAJLIS BERLANGGAR MEJA MAKSAK BAHAGIAN SIBU
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 9 APRIL 2025 – Mesyuarat persediaan untuk gerai raya agensi untuk Majlis Berlanggar Meja MAKSAK Bahagian Sibu sempena sambutan Aidilfitri telah diadakan di Bilik Seminar Dewan Suarah Sibu. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Pet Leh Huang, Penguasa Kementerian Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan Sibu. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu akan bergabung bersama dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan, pihak Majlis Sukan Negara dan turut serta pihak Stadium Tertutup Sibu. Konteks utama dalam mesyuarat ini adalah untuk memberi sepenuh tumpuan dan perhatian dalam penyediaan dan persiapan untuk Majlis Berlanggar Meja yang akan dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Antara menu-menu yang akan disajikan pada majlis tersebut untuk tetamu jemputan adalah nasi putih, ayam goreng, kompia inti dan pulut panggang. Majlis ini akan diadakan pada 11 April 2025 (Jumaat) bermula pada pukul 7:00 malam sehingga 12:00 tengah malam bertempat di Sri Sibu, Kediaman Rasmi Residen Bahagian Sibu.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS