RAMAH TAMAH AIDILFITRI PLATFORM ERATKAN HUBUNGAN BAIK JABATAN DI MUKAH

RAMAH TAMAH AIDILFITRI PLATFORM ERATKAN HUBUNGAN BAIK JABATAN DI MUKAH

Disediakan oleh : Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 14 APRIL 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput hadir ke Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1446H anjuran Pejabat Residen Bahagian Mukah bersama Pejabat Daerah Mukah pada 8 April 2025 bertempat di Dewan Majlis, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah). Program tersebut telah dihadiri ketua-ketua jabatan dan ketua masyarakat di daerah Mukah. Majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik antara jabatan dan komuniti di Mukah.

Majlis telah dihadiri Yang Berbahagia Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Royston Valentine ADUN N.57 Tellian. Yang Berbahagia Datu dan Yang Berhormat turut beramah mesra bersama tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Encik Mohammad Arbi Rosli hadir  mewakili pejabat ke jemputan majlis tersebut.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search