
- JBS Sarawak
- Hits: 87
PERBINCANGAN LIGA SUKAN KOMUNITI BAHAGIAN KUCHING
- JBS Sarawak
- Hits: 87
PERBINCANGAN PELAKSANAAN LIGA SUKAN KOMUNITI BAHAGIAN KUCHING
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 10 APRIL 2025 – Hari ini, Cik Margaret Sawing telah mempengerusikan perbincangan pelaksanaan Liga Sukan Komuniti (LSK) Bahagian Kuching yang dijangka akan berlangsung pada 14 hingga 15 Jun 2025. Pemilihan tempat masih dalam fasa perbincangan dengan pihak rakan strategik yang terlibat. Tiga acara yang akan dipertandingkan iaitu sepak takraw, bola jaring dan ping pong.
Pelaksanaan LSK bertujuan menjadikan masyarakat membudayakan sukan dalam kehidupan harian mereka. Di samping meningkatkan keharmonian dan perpaduan di kalangan komuniti setempat, LSK dijadikan platform untuk meningkatkan kemahiran sukan dan kesukarelawanan di kalangan komuniti setempat. Juara LSK Bahagian Kuching akan mewakili Bahagian Kuching ke Kejohanan LSK Peringkat Negeri Sarawak yang dijangka diadakan pada 19 hingga 20 Julai 2025.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#ligasukankomuniti