- JBS Sarawak
- Hits: 181
VERIFIKASI PPL-PPT BAGI PELAKSANAAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)
- JBS Sarawak
- Hits: 181
VERIFIKASI PPL-PPT BAGI PELAKSANAAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 9 APRIL 2025 – Tahniah diucapkan kepada Cik Margaret Sawing kerana telah berjaya menjalani Verifikasi PPL-PPT bagi pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah PPT untuk Pelaksanaan Kerja Belia Tahap 3. Kerja Belia merupakan satu profesion yang bertujuan untuk menyerlahkan potensi belia di pelbagai peringkat sebagai rakan strategik pembangunan Negara melalui program-program pembangunan belia dengan mengambil kira penilaian aset dalaman dan luaran yang dimiliki individu belia.
Sesi ini verifikasi telah diadakan secara dalam talian (online) dengan Puan Zuarini Jumai, pegawai PPL-PPT yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Sebelum pemverifikasi dilaksanakan, penilaian Portfolio telah dilaksanakan bermula 2 Disember 2024 sehingga 3 Mac 2025. Verifikasi PPL-PPT ini bagi menentukan sama ada calon trampil atau tidak. Keseluruhannya, seramai 6 orang pegawai telah berjaya menjalani Verifikasi PPL-PPT ini terdiri daripada 4 orang dari JBSN Sarawak, 2 orang dari Politeknik Mukah dan seorang dari Kolej Komuniti Kuching.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
