
- JBS Sarawak
- Hits: 71
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS PENGAKAP DAERAH SARIKEI 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 71
Disediakan Oleh : ARJ, JBSN Sarawak
Sarikei, 8 April 2025 : Satu Mesyuarat Agung Tahunan Pengakap Daerah Sarikei 2025 telah diadakan di De Chef Dining No.52 Ground Floor Jln Repok Sarikei. Encik Mohammad Reza Bin Rapaiee, Pengerusi Persekutuan Pengakap Tempatan Daerah Sarikei telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Encik Abdul Rani Bin Jemi, Ex- Officio Perekutuan Pengakap Tempatan Daerah Sarikei turut hadir ke mesyuarat tersebut serta Ahli Malis yang lain. Mesyuarat kali ini telah membincangkan beberapa perkara penting untuk tindakan semua ahli, antaranya ialah Laporan Aktiviti 2024 dan Kalender Program 2025 dan Laporan Kewangan Pengakap Daerah.
Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli supaya mencari dana untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang pada tahun ini. Semoga segala perancangan aktiviti Persekutuan Pengakap Tempatan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sepanjang tahun 2025.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d