
- JBS Sarawak
- Hits: 114
MESYUARAT PENGURUSAN BIL.2/2025, PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 114
Disediakan oleh : Jamaika Binti Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 8 April 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil.2/2025 bertempat di Pusat Aktiviti Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.Brs Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan dihadiri oleh semua staf secara fizikal dan online.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda termasuk aktiviti kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri dan NGO's. Mesyuarat turut membincangkan berkenaan tadbir urus kewangan, aset dan pentadbiran pejabat.
Pengerusi berharap agar staf bekerja dengan teliti dan patuh terhadap kerja-kerja yang diamanahkan dan sentiasa bekerjasama dalam melakukan semua aktiviti dan pengurusan yang dilaksanakan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d