- JBS Sarawak
- Hits: 80
PERTANDINGAN HAFAZAN RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN TAHUN 2025.
- JBS Sarawak
- Hits: 80
Disediakan oleh: NFS, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 17 Mac 2025 – Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Sri Aman telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 Mac 2025 bertempat di Masjid Al Amin, Taman Sri Jaya. Aktiviti yang telah diadakan adalah Pertandingan Hafazan kategori lelaki dan perempuan, Pertandingan Azan & Iqamah dan Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Nabi. Program ini adalah dengan kerjasama rakan strategik seperti Jabatan Agama Islam Bahagian Sri Aman, Jawatankuasa Masjid Al Amin dan Kelab Belia Gemilang Bandar Sri Aman.
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kalangan belia dan komuniti setempat dalam memupuk semangat dan juga mengembangkan potensi diri masing-masing dalam menyertai aktiviti keagamaan seperti ini. Ianya juga dapat menjadi salah satu ruang untuk para belia dalam membangkitkan semangat sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak dengan aktiviti dan program kerohanian.
Johan kategori lelaki disandang oleh saudara Khairul Ikhwan bin Ahmad Kamri manakala kategori perempuan disandang oleh saudari Putri Damia Hanna binti Harith Izwan. Para pemenang pertandingan akan mewakili Sri Aman ke peringkat seterusnya iaitu Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 18 Mac 2025 di Kuching. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan program ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PbsbSriAman