KESEPAKATAN BERSAMA PBSB KUCHING

KESEPAKATAN BERSAMA PBSB KUCHING

KESEPAKATAN BERSAMA PBSB KUCHING
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 28 MAC 2025 – Cik Margaret Sawing telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan pada 20 Mac 2025 bertempat di PBSB Kuching.  Sudah lazimnya, kesepakatan bersama ini diadakan sebelum Mesyuarat Berkala Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 15 hingga 16 April 2025 nanti.  Agenda mesyuarat pada kali ini lebih kepada mengemaskinikan maklumbalas serta memastikan semua perkara berbangkit telah diambil tindakan sewajarnya selain mengenalpasti keperluan pejabat yang perlu disampaikan semasa mesyuarat berkala nanti.

Selesai sahaja mesyuarat, Cik Margaret Sawing telah menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pegawai yang beragama Islam sebagai tanda penghargaan serta keprihatinan terhadap kebajikan pegawai dan kakitangan di samping bersama-sama gembira menantikan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search